Pengenalan Jawatankuasa Penduduk
PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP)
PERINGKAT ZON DAN TAMAN – TAMAN PERUMAHAN
KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
- Tarikh ditubuhkan : 13 Mac 2006
- Bil JKP Peringkat Zon : 24
- Bil JKP Peringkat Taman - Taman Perumahan : 27
Objektif
- Mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, bermuafakat dan harmoni di dalam kawasan taman-taman perumahan.
- Membantu melahir dan mengembeling idea dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui semangat perkongsiam bijak bagi menghasilkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian yang berkesan.
- Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program-program yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Sebagai saluran informasi bagi menyampaikan keperluan dan kebajikan penduduk.
- Menyokong setiap dasar, program dan hasrat kerajaan supaya dapat difahami dan dihayati oleh setiap penduduk.
- Mewujudkan suasana bersih, indah, sejahtera dan selamat serta memupuk semangat kekitaan di dalam kawasan perumahan.
- Mewujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap program-program dan projek-projek kerajaan
Fungsi
- Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat.
- Bekerjasama dan memelihara keindahan, keceriaan, dan taman-taman perumahan
- Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat di kawasan taman-taman perumahan.
- Mengenal pasti dan memaklumkan masalah-masalah yang terdapatdi dalam kawasan taman-taman perumahan.
- Mengatasi dan mengawal gejala sosial dengan menerapkan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat dikalangan masyarakat.
- Membantu menyampaikan dasar-dasar serta penglibatan masyarakat di dalam melaksanakan program-program dan projek-projek kerajaan.
- Menggiatkan aktiviti sosial, kesukanan dan kemasyarakatan di kawasan perumahan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan-kawasan perumahan.
- Memastikan keberkesanan dan penglibahanpenduduk tempatan di dalam Program-Program Gerak Tumpu anjuran Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mewujudkan sikap kepunyaan (self-belonging) masyarakat terhadap harta-harta awam.
- Membantu di dalam menyediakan maklumat asas kependudukan (inventor) di dalam Taman- Taman Perumahan.
Tips Pencegahan Jenayah
- Ragut & Seluk Saku
- Kejadian Rogol dan Cabul
- Kejadian Pecah Rumah
- Kejadian Curi Kenderaan
- Kejadian Buli
- Kejadian Gengsterisme
- Kejadian Penderaan
- Kejadian Penyalahgunaan Dadah
ANUGERAH DESA CEMERLANG
ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TAHUN 2009
Penyataan Dasar
- Pada 14 Ogos, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya pertandingan rumah-rumah kampung diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan amalan menjaga kesihatan serta kebersihan di samping membentuk kampung-kampung yang bersatu padu, indah dan tersusun menerusi pertandingan ini.
- Maka pada tahun 1987 wujudlah Pertandingan Keindahan Kampung (PKK) dan aktiviti Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (PKKK) yang dilaksanakan secara dwi tahunan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan jabatan / agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Latar Belakang
- Mulai tahun 2000 (RMKe-8), perubahan telah dilakukan dengan perubahan nama Pertandingan Desa Cemerlang (PDC) dengan menonjolkan aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan manusia.
- Walaubagaimanapun pada tahun 2005, PDC telah diletakkan sebagai aktiviti utama Gerakan Daya Wawasan di samping beberapa penambahbaikan bagi memastikan kemajuan kampung selaras dengan pembentukan desa berkualiti yang bercirikan Wawasan 2020 dengan perubahan nama baru iaitu Anugerah Desa Cemerlang (ADC)
Objektif
- Menilai prestasi & pencapaian kempung ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat negara maju.
- Memberi khidmat nasihat & tunjuk ajar kepada kepimpinan kampung bagi melahirkan kampung yang mapan dan dinamik.
- Memberi pengiktirafan dan galakan kepada kepimpinan kampung atas kejayaan yang dicapai dan seterusnya melonjakkan lagi kecemerlangan pada masa akan datang.
- Kampung yang mendapat pengiktirafan Gemilang akan menjadi model pembangunan desa & rujukan para akademik serta pengkaji pembangunan institusi sosio-politik luar bandar.
Mekanisme Pelaksanaan
1) Kampung-kampung yang layak menyertai pertandingan ini :-
- Kampung-kampung tradisional yang berJKKK
- Kampung-kampung bukan tradisional di bawah penempatan semula / pembangunan wilayah yang telah mempunyai JKKK
2) Kampung-kampung yang tidak layak menyertai pertandingan ini :-
- Kampung-kampung bukan tradisional di bawah penempatan semula / pembangunan wilayah seperti FELDA dan yang belum mempunyai struktur JKKK
- Kampung-kampung yang telah menjadi JOHAN ADC Negeri (2005-2008), tidak dibenarkan menyertai pertandingan selama 2 kali pertandingan berturut-turut.
Kaedah Pemarkahan ADC Tahun 2009
| BIL | ASPEK PENILAIAN | % MARKAH | ADC | |
| Markah Penuh | Wajib Capai | |||
| 1 | Kepimpinan | 25% | 100 | 80 |
| 2 | Pendidikan | 20% | 100 | 80 |
| 3 | Ekonomi | 15% | 100 | 80 |
| 4 | Kebersihan & Kesihatan | 10% | 100 | 80 |
| 5 | Keceriaan & Keindahan | 10% | 100 | 80 |
| 6 | Kerohanian & Sivik | 10% | 100 | 80 |
| 7 | Teknologi Maklumat | 10% | 100 | 80 |
| JUMLAH | 100% |
Hadiah ADC Peringkat Daerah Tahun 2009
| Tahap Pencapaian | Hadiah Wang Tunai (RM) | Jumlah (RM) |
| JOHAN | 4,000.00 | 4,000.00 |
| NAIB JOHAN | 3,000.00 | 3,000.00 |
| KETIGA | 2,000.00 | 2,000.00 |
Hadiah ADC Peringkat Negeri Tahun 2009
| Tahap Pencapaian | Hadiah Wang Tunai (RM) | Jumlah (RM) |
| JOHAN | 10,000.00 | 10,000.00 |
| NAIB JOHAN | 8,000.00 | 8,000.00 |
| KETIGA | 6,000.00 | 6,000.00 |
Program Gerak Tumpu
MAKLUMAN PINDAAN PELAKSANAAN PROGRAM
GERAK TUMPU / MESRA BERTEMU RAKYAT TAHUN 2011
Maaf, kandungan ini sedang dikemaskini.





