MENU

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera 

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana melayari laman sesawang www.mdkt.gov.my ini.  Selaku Yang Dipertua MD Kota Tinggi, saya merasa bangga dengan Kepesatan Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan MD Kota Tinggi menyalurkan maklumat dengan cepat untuk pengetahuan semua.  

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselesaan dan kesejahteraan masyarakat, MD Kota Tinggi sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan menyediakan perkhidmatan yang berkesan agar dapat menepati keperluan masyarakat setempat. Selain kemudahan seperti ini, MD Kota Tinggi juga turut menyediakan saluran lain dalam penyampaian aduan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook dan Twitter dan saya berharap dengan adanya kemudahan seperti ini, MD Kota Tinggi mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih cekap dan berkesan di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat, cepat dan terkini dan dapat memastikan aduan pelanggan dipenuhi sepenuhnya.

Penggunaan teknologi mudah alih serta jaringan internet sebagai wadah penyelesaian urusan harian serta mendapatkan informasi semakin digemari, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masakini. Menelusuri realiti kaedah dan trend semasa, MD Kota Tinggi komited untuk menyediakan laman web yang mesra pengguna dengan kemudahan perkhidmatan atas talian yang cekap dan berkesan bagi memenuhi tuntutan semasa serta merakyatkan perkhidmatan awam.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih dan menyeru seluruh warga Kota Tinggi agar terus memberi sokongan kepada MD Kota Tinggi dan berganding bahu membangunkan Kota Tinggi serta dapat bersama-sama mengekalkan identiti Kota Tinggi sebagai Satu Daerah Pelancongan Bersejarah. 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA MEMBANTU MUDAH URUSAN”

Saya yang menjalankan amanah

 

MOHD FAHMY BIN YAHYA
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi