BIL | PIAGAM PELANGGAN | |||
1 |
Proses Pengurusan Ubah Tambah Bangunan Memastikan 80% permohonan yang dimajukan oleh arkitek / pelukis pelan mendapat kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap. Pelaksana : Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap |
|||
2 |
Proses Pengurusan Pindaan Senarai Nilaian Memastikan kerja-kerja pindaan penilaian terhadap sebarang perubahan pegangan berkadar dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas CCC/CFO dikeluarkan bagi bangunan dan premis. Pelaksana : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta |
|||
3 |
Proses Pengurusan Pindahmilik Memastikan semua permohonan pindahmilik diproses dan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja dengan bertujuan untuk mengemaskini butiran pemilik pegangan terkini. Pelaksana : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta |
|||
4 |
Proses Permohonan Lesen Tred 4.1 Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru UUK Tred / Perniagaan / Perindustrian (MDKT) 2017 diproses dan diluluskan selewat-lewatnya dalam tempoh 90 hari bekerja. 4.2 Ulasan Jabatan Teknikal hendaklah diperolehi dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ulasan dikeluarkan. 4.3 Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan & Lesen dan Mesyuarat Penuh hendaklah mengambil tempoh tidak melebihi 30 hari bagi pertimbangan dan kelulusan lesen baru. Pelaksana : Jabatan Kesihatan dan Pelesenan |
|||
5 |
Proses Kelulusan Permohonan Cadangan Pemajuan Pusat Setempat Memastikan semua permohonan cadangan pemajuan diproses dan diberikan keputusan berdasarkan piagam garis panduan pusat setempat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pelaksana : Unit OSC |
|||
6 |
Pengurusan Aduan Menentukan semua aduan daripada pelanggan adalah direkod dan urusetia aduan akan memastikan semua aduan disampaikan kepada jabatan sekurang-kurangnya dalam tiga (3) hari dalam tempoh waktu bekerja dari waktu menerima aduan tersebut sehingga proses penyampaian aduan. Pelaksana : Jabatan Pembangunan Masyarakat |