TAPAK-TAPAK BERSEJARAH DI SEPANJANG SUNGAI JOHOR
a) Makam Laksamana Bentan
b) Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
c) Kampung Panchor
d) Sayong Pinang
e) Makam Kucing Bertanduk
f) Kota Makam Tauhid
g) Kubu Budak
h) Bukit Seluyut
i) Makam Bendahara Tun Habab
j) Makam Cik Siti
k) Pasir Putih
MAKAM LAKSAMANA BENTAN
Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di daerah Kota Tinggi. Perjalanan hanya sejauh 2km dari Bandar Kota Tinggi. Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima Angkatan Laut Sultan Mahmud Shah II. Laksamana Bentan berkhidmat ke bawah duli banginda Sultan Mahmud Syah II yang turut berpindah dari Riau ke Kota Tinggi bersama-sama banginda setelah di bawa Bendahara Seri Maharaja Tun Habab Abdul Majid. Beliau menjadi orang kepercayaan baginda Sultan Mahmud Syah II untuk memerangi lanun yang mengganggu-gugat di perairan Sungai Johor. Pengkalan Rama adalah tempat di mana Laksamana Bentan menambat kapal perangnya iaitu di pinggir Sungai Pemandi, Kampung Makam. Laksamana Bentan telah dikurniakan sebuah kawasan atas jasa-jasa beliau pada baginda Sultan Mahmud Syah II, kawasan itu kini dikenali sebagai Kampung Kelantan. Sebuah peristiwa tragis telah berlaku di mana Dang Anum isteri beliau yang sedang sarat mengandung telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah II, dibelah perut akubat memakan tanpa izin seulas buah nangka kepunyaan baginda walaupun kerana mengidam. Peristiwa tersebut berlaku ketika ketiadaan Laksamana Bentan yang sedang melaksanakan tugas memerangi lanun di perairan Sungai Johor. Laksamana Bentan telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang sebagai membalas dendam kematian isterinya ( Dang Anum ) yang telah dibunuh oleh baginda. |
![]() |
![]() |
MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG
Makam Sultan Mahmud terletak di Kampung Makam kira-kira 3km dari bandar Kota Tinggi. Bersebelahan dengan kompleks makam ini terdapat Masjid Kampung Makam dan Sungai Kota Tinggi pula terletak di bahagian selatan iaitu kira-kira 100 meter dari sini. Makam ini dikenali sebagai Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Baginda Sultan Mahmud diputerakan pada tahun 1675 dan mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada hari Jumaat, Ogos 1699. Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530. |
MAKAM BENDAHARA TUN HABIB ABDUL MAJID
Makam terletak di Kampung Makam, 3km dari bandar Kota Tinggi. Ia berada di dalam satu kawasan perkuburan yang luas. Bendahara Tun Habib Abdul Majid atau gelarannya Paduka Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Johor telah mangkat pada tahun 1697. Anakanda beliau Bendahara Tun Abdul Jalil menggantikan Sultan Mahmud Syah II sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Baginda merupakan Sultan Johor dari keturunan Bendahara. Makam Bendahara Tun Habab terletak di Kampung Makam iaitu kira-kira 3km dari Bandar Kota Tinggi, berada dalam satu kawasan wakaf perkuburan luas yang masih berfungsi sehingga hari ini. Terdapat kira-kira 22 buah makam lama yang menggunakan batu nisan berbentuk "batu acheh" di dalam kompleks makam dan di sekitar kawasan kompleks makam. Kompleks makam ini berukuran kira-kira 25m x 6m yang menempatkan makam Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abd . Majid Padang Saujana Johor serta 11 makamyang lain . Bendahara Tun Habab Abdul Majid adalah Bendahara Kesultanan Johor yang ke-11 .Beliau juga dikenali sebagai Paduka Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana, Johor penghujung abad ke 17 masihi. Beliau dikatakan berketurunan Sayyid (keturunan dari Rasullullah S.A.W) yang memakai gelaran Habib. Menurut ada Acheh "Habib" merupakan panggilan kepada keturunan Ahlubait. Bendahara Tun Habab telah dilantik menjadi bendahara semasa zaman pemerintahan 2 orang sultan iaitu Sultan Ibrahim Syah l (1677-1685) dan Sultan Mahmud Syah ll (1685-1699). Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Shah dan awal pemerintahan Sultan Mahmud Syah ll Bendahara tidak mempunyai kuasa oleh kerana kuasa pemerintahan di pegang oleh Laksamana Tun Abd Jamil sewaktu pusat pemerintahan berada di Riau. Pada tahun 1963 Bendahara Tun Habib telah membawa Sultan Mahmud Shah ll ke Kota Tinggi dan menukarkn pusat pemerintahan ke Kota Tinggi. Bendahara Tun Habab telah menjadikan Kota Tinggi negeri yang kaya, aman dan makmur. Beliau telah mangkat pada tahun 1967 (pada bulan Muharram 1109H, 27 Julai 1967). Keturunan Tun Habab ada yang menjadi Sultan Terengganu , Johot dan Pahang melalui perkahwinan. |
|
![]() |
KOTA MAKAM TAUHID Kota Makam Tauhid teletak di Kampung Makam kira-kira 2 km dari bandar Kota Tinggi. Berdekatan dengannya adalah Sungai Pemandi yang mengalir ke Sungai Kota Tinggi. Rekod sejarah mengesahkan bahawa Makam Tauhid dijadikan ibu negeri Johor buat pertama kali pada tahun 1637 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677). Makam Tauhid telah dibina oleh seorang panglima semassa zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil ll lebih kurang pada tahun 1570-1578. Nama Makam Tauhid telah diberi oleh baginda. Merupakan ibu negeri Johor yang Ke-8 dan telah menjadi pusat pemerintahan sebanyak 2 kali. Kota Makam Tauhis telah dijadikan ibu Negeri Johor buat kali pertama pada tahun 1637, semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah lll (1623-1677). Makam Tauhid terkenal sebagai pusat pengajian Islam di Nusantara. Pada tahun 1642 Sultan Abdul Jalil Syah lll telah meninggalkan Makam Tauhid kerana tempat tersebut telah diserang penyakit taun dan berpindah ke Pasir Raja. Sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud syah ll (1685-1699) kota makam tauhid telah ditukarkan namanya kepada Kota Tinggi pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah IV (1699-1718), Makam Tauhid telah menjadi ibu Negeri Johor buat kali kedua, tetapi hanya sementara sebelum baginda menetapkan Panchor sebagai ibu Negeri Johor. Kota Makam Tauhid ini telah dibina menggunakan bahan binaan dari Belanda. Kota ini didirikan daripada batu dan simen dengan campuran kulit kerang yang telah dihancurkan. Di sekitar kota ini terdapat makam-makam yang menggunakan batu nesan Acheh tetapi tidak dapat dikenalpasti dan dipercayai Makam Panglima tauhid dan Bendahara Seri Maharaja Tun Anum (anak sulung Tun Seri Lanang ). Kota Makam Tauhid telah ditinggalkan sebagai pusat pentadbiran, kini kawasan ini telah dijadikan perkampungan dan terkenal sebagai Kampung Makam. |
![]() |
|
KOTA JOHOR LAMA Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Portugis dan Acheh beberapa kali. Kegemilangan Kota Johor Lama di dalam sejarah pemerintahan kesultanan Melayu Johor tidak boleh dipandang ringan. Ia pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564), dan pada zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Pada ketika ini yang wujud hanyalah tinggalan kota yang dipulihara berterusan. Kemakmuran dan kemegahan dan kemegahan kesultanan Melayu di Kota Batu (Johor Lama) musnah ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perkampungan yang sunyi, tenang dan damai. Sultan Alauddin Riayat Shah II akhirnya tewas juga ditangan Acheh di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar dalam satu peperangan yang sengit. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah dibawa ke Acheh lalu dihukum bunuh pada tahun 1564. Pada tahun 1564 dengan perkenan Sultan Acheh, anak almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu Radin Badar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang ketiga bergelar Sultan Muzafar Shah. Selepas setahun bersemayan di Kota Johor Lama, Baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Seluyut sehingga baginda mangkat pada 1570. Baginda telah digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Shah I. Semasa ditabalkan baginda berusia lapan tahun dan segala urusan pentadbiran kerajaan dijalankan oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Hisap Misai. Sultan Abdul Jalil I, Sultan Johor keempat mangkat selepas setahun ditabalkan iaitu pada tahun 1571. Raja Umar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang kelima dengan gelaran Sultan Ali Jalla Shah II. Baginda memerintah dari tahun 1571-1597. Pada tahun 1573 baginda bersemanyan semula di Kota Johor Lama dan membaikpulih kota pertahanan yang telah ditinggalkan selama sembilan tahun (1564-1573). Semasa pemerintahan baginda, Johor telah bersahabat semula dengan Acheh. Perhubungan ini tidak disenangi oleh Portugis di Melaka lalu Portugis menyerang Kota Johor Lama pada tahun 1576 dan 1578. Kedua-dua serangan ini telah dapat ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor. Semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil, Baginda beberapa menyerang Portugis di Melaka. Jika bukan kerana sokongan tambahan orang-orang Portugis dari Goa India, besar kemungkinan Melaka dapat ditakluk semula. Johor yang dianggap sebagai ancaman kepada Portugis di Melaka akhirnya telah diserang dan ditewaskan oleh Portugis pada 15 Ogos 1587. Johor Lama telah dikepung selama hampir satu bulan oleh angkatan Portugis yang besar di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noroha. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil berundur dan membina pusat pemerintahan baru di Batu Sawar sehingga baginda mangkat pada tahun 1597. |
KAMPUNG PANCHOR Kampung Panchor terletak kira-kira 14km dari Bandar Kota Tinggi jika melalui jalan Kota Tinggi ke Desaru. Untuk sampai ke Kampung ini harus melalui jalan merah ladang kelapa sawit Felda Air Tawar. Kampung ini terletak di tepi Sungai Johor. Nama Kampung Panchor diambil sempena adanya sebuah pancuran air semulajadi yang terletak di pinggir kampung ini. Air pancuran ini dikatakan sentiasa menyemburkan airnya keluar sehingga menimbulkan bunyi yang kuat. Air pancuran ini juga pada asalnya tidak pernah mengalami kekeringan walaupun di dalam musim kemarau yang panjang. Pada masa dahulu air pancuran ini menjadi sumber air kepada penduduk tempatan. |
SAYONG PINANG Sayong Pinang merupakan sebuah pusat pemerintahan kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) setelah baginda berpindah dari Kota Kara akibat kekalahan terhadap serangan askar-askar Portugis pada bulan Jun 1535. Kota Sayong tidak pernah diserang dan dibinasakan oleh mana-mana pihak kerana kedudukannya di tebing sungai yang sempit menimbulkan kesukaran kepada kapal-kapal perang untuk mendarat. Oleh itu Sayong Pinang masih menyimpan kesan-kesan yang diwujudkan pada tahun 1535. |
MAKAM KUCING BERTANDUK Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah II, baginda ada memelihara seekor kucing. Kucing ini amat disayangi oleh baginda. Ia merupakan seekor kucing biasa tetapi dikatakan mempunyai sepasang tanduk kecil pada bahagian atas kepala. Ada sumber mengatakan kucing ini dinamakan baginda 'Si Comel'. Kucing ini suka berjalan meniti dari bumbung ke bumbung rumah dan gemar memakan sayur-sayuran. Keistimewaan yang cukup dikagumi ialah mampu mengesan musuh-musuh yang bakal datang menyerang Kota Tinggi. Kucing istimewa ini telah mati secara tiba-tiba seminggu sebelum baginda mangkat. Baginda amat dukacita lalu menitahkan 'mengebumikan'. Dua biji batu berbentuk bulat diletakkan di atas kubur sebagai batu tanda. |
|
BATU SAWAR Terletak dalam kawasan Kampung Michu dan kira-kira 6km dari Bandar Kota Tinggi. Batu Sawar terletak di antara Tanjung Putus dab Pasir Putih di Persisiran Sungai Johor. Batu Sawar merupakan ibu negeri Johor ke 6. Dibina oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll (Raja Umar) dan juga menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Johor yang gemilang dan menjadi pusat pelabuhan perdagangan yang terpenting ketika itu. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll (Raja Umar) merupakan suami adik kepada Sultan Abdul Jalil Syah 1 (1570-1571) yang telah ditabalkan pada usia 8 tahun dan mangkat setahun selepas ditabalkan. Kemangkatan Sultan Abdul Jalil Syah 1 dipercayai akibat diracun dan baginda telah dimakamkan bersebelahan makam bandanya, Raja Fatimah dan bapa saudaranya Sultan Muzaffar Syah di Kota Seluyut. Setelah kemangkatan Sultan Abdul Jalil Syah 1, ayahandanya iaitu Raja Umar ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll. Pada 1573 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll berpindah & membaik pulih semula Kota Johor Lama. Baginda telah menjalinkan hubungan dengan Acheh dan menentang Portugis. Pada 1578 Portugis membedil dan menyerang Kota Kota Johor Lama dan baginda berundur ke Batu Sawar. Kemudian pada 1589 Batu Sawar diserang dan baginda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll berundur. Setelah Portugis kembali ke melaka baginda kembali semula ke Batu Sawar dan baginda memulihkn kekuatan Johor. Pada 1597 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll mangkat di sini dan disebut "Marhum Batu Sawar". Sultan Alauddin Riayat Syah lll (Raja Mansur-Sultan Johor ke 6) pernah bersemayan di Batu Sawar tetapi pemerintahan diserahkan kepada Raja Abdullah. Batu Sawar juga pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Abdullah Maayat Syah dan Sultan Abd Jalil Shah lll (Sultan Johor ke 8). Tun Sri Lanang mula menagarang Sejarah Melayu "Salalatus Salatin" di Batu Sawar pada tahun 1612 semasa menjadi bendahara Johor yang membawa gelaran Bendahara Paduka Raja. Pada tahun 1613, peperangan Johor-Acheh di Batu Sawar. Seramai 20,000 rakyat Johor ditawan dan di bawa ke Acheh dan dihukum bunuh manakal Tun Sri Lanang dilantik menjadi penasihat Sultan dan seterusnya menjadi raja di Samalanga Acheh. |
|
KOTA BUKIT SELUYUT Bukit Seluyut terletak berhampiran dengan Kuala Sungai Seluyut dan Selat Medina/ Sungai Mentanggor di Sungai Johor. Melalui jalan darat, pengunjung boleh melalui Jalan Kota Tinggi-Desaru. Kira-kira 1.5km melepasi kawasan perkampungan Felda Air Tawar 3, terdapat sebuah simpang ke Ladang Ang Tong , di sebelah kanan jalan dan perlu melalui jalan tanah merah dalam kawasan ladang sejauh kira-kira 10km. Pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Johor ke 3, Sultan Muzaffar Syah dari tahun 1564M-1570M, Sultan Johor ke 4, Sultan Abdul Jalil Syah l pada tahun 1570M dan juga pusat pentadbiran sementara sewaktu pemerintahan Sultan Johor 5 iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll pada tahun 1570M -1571M sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Tanah Putih selama 2 tahun dan kemudian ke Batu Sawar dan Johor Lama sewaktu pemerintahan Sultan Jojor ke 5. Nama sebenar Sultan Muzaffar Syah ialah Radeb Bahar ibn almarhum Sultan Alauddin Riayat Syah ll dan bondanya Raja Kesuma Dewi kerabat Diraja Pahang. Isteri baginda yang pertama, Tun Mas Jiwa puteri kepada Temenggung Tun Hassan ibn Dato' Bendahara Tun Biajid Isteri baginda yang kedua, adalah Tun Trang Puteri Seri Nara Diraja Pahang bekas isteri kepada adinda iparnya Raja Umar dan mendapat putera iaitu Raja Abdullah yang kemudiannya menjadi Sultan Johor ke 7. Adinda baginda iaitu Raja Fatimah berkahwin dengan Raja Umar seorang kerabat Diraja Pahang dan mendapat putera Raja Abdul Jalil yang kemudian ditabalkan menjadi Sultan Johor ke 4. Tun Isap Misai adalah bendahara semasa pemerintahan Sultan. Muzaffar Syah dan juga Sultan Abdul Jalil Syah l dengan memakai gelaran Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai. Pada tahun 1565M Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang atau Tun Muhammad iaitu pengarang dan penyusun karya agung, Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu lahir di Bukit Seluyut. Manakala paada tahun 1570M Sultan Muzaffar Syah tiba-tiba gering, baginda mewasiatkan anakanda saudaranya Raja Abdul Jalil menggantikannya yang ketika itu berumur 7 tahun dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah l. Tidak sampai setahun menjadi sultan, baginda Sultan Abdul Jalil Syah 1 mangkat dipercayai diracun dan di makamkan bersebelahan dengan makam ayahanda saudaranya iaitu almarhum Sultan Muzaffar Syah dan ayahandanya Raja Umar dilantik menjadi Sultan Muzaffar Syah dan ayahandanya Raja Umar dilantik menjadi Sultan Johor ke 5 dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll. Pada tahun 1571M Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai telah meninggal dunia dan dipercayai dimakamkam di kawasan rumahnya di Bukit Seluyut. Pada tahun 1571M Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah ll telah menukarkan pusat pentadbiran dari Bukit Seluyut ke Tanah Putih seterusnya ke Batu Sawar dan ke Johor Lama akibat bersedih atas kematian isterinya iaitu Raja Fatimah dan Raja Fatiamah dimakamkan disebelah makam anakandanya di Bukit Seluyut yang kemudiannya makam - makam ini dipanggil Makam 3 beranak. Setelah pusat pentadbiran kerajaan Johor berpindah dari satu tempat ke satu tempat oleh pemerintah. Bukit Seluyuttidak lagi menjadi pusat pentadbiran kerajaan akibat dari arus pemodenan dan juga kurang sesuai dari pandangan pemerintah kerajaan untuk dijadikan pusat pentadbiran yang dan pelabuhan yang besar untuk kemajuan dan kepentingan sesebuah kerajaan. |
|
BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN ISAP MISAI Bendahara Tun Isap Misai adalah seorang pembesar semasa pusat pemerintahan kerajaan Johor di Bukit Seluyut. Beliau juga merupakan nenda kepada Tun Seri Lanang ( Pengarang Sulalatus Salatin) ataupun Sejarah Melayu. Bendahara Tun Isap Misai merupakan bendahara Johor ke 4 pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, iaitu sultan Johor ke 3. Beliau juga digelar Bendahara Tua ataupon gelarannya Bendahara Seri Maharaja. Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Syah, baginda telah mewasiatkan anak saudara baginda untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor ke 4, iaitu Sultan Abdul Jalil Syah l. Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai telah memangku pemerintahan kerajaan Johor semasa pemerintahan kerajaan Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah l kerana pada ketika itu baginda berusia 8 tahun. Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai juga dikatakan terlibat dalam konspirasi kemangkatan Sultan Abdul Jalil Syah l. Tokoh kewibawaan beliau telah diwarisi oleh cucunya Bendahara Tun Seri Lanang. Semasa hayatnya beliau telah mengarang sebuah hikayat yang bertajuk "PANAH SEDOSA:. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1571 dan telah dimakamkan di Bukit Seluyut. |
|
KAMPUNG PANCHOR Kampung Panchor terletak kira-kira 14km dari Bandar Kota Tinggi ke Desaru. Nama Kampung Panchor diambil sempena adanya sebuah pancuran air semulajadi yang terletak di pinggir kampung ini. Air pancuran ini dikatakan sentiasa menyemburkan airnya keluar sehingga boleh didengar pada jarak sejau 3km. Panchor menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Johor berpindah ke Riau. Kota Panchor telah dijadikan pusat pemerintahan Negeri Johor oleh Sultan Abdul Jalil Syah (IV) (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil) pada tahun 1699M hingga 1720M Sultan Johor yang ke 11, Sultan Johor yang pertama dari keturunan Bendahara. Tapak istana dipercayai terletak berhampiran dengan makam Sultan Abdul Jalil Syah (IV). Anggaran keluasan tapak istana di Kota Panchor kira-kira 60 kaki panjang dan dipercayai dibuat dari kayu scendana yang kini telah musnah dan tidak kelihatan lagi. Seorang Inggeris bernama Vaughen menggambarkan Kota Panchor berbentuk empat persegi yang dibina dari balok-balok (balak) kayu besar dan berlapis-lapis dengan ketinggian kira-kira 12 kaki manakala lantai sebelah dalam dipertinggikan kira-kira 5 kaki. Kota ini terletak di atas tanah tinggi yang dipercayai adalah bukit tukul kanan yang berhampiran dengan sebuah sungai iaitu sungai tukul, terdapat 12 pucuk meriam tembaga yang besar dan cantik yang diletakkan di kawasan kota yang berkemungkinan untuk tujuan pertahanan. Terdapat dua buah Makam yang penting terdapat di Kampung Panchor ini iaitu Makam Sultan Abdul Jalil Syah IV dan Makam Tengku Dara Puteh. Makam Sultan Abdul Jalil ini terletak di kawasan dusun dan berhampiran dengan jalan kampung. Batu nesannya berbentuk batu nesan Acheh. Batu asal berbentuk blok-blok batu berukuran kira-kira 50cm panjang dan 30cm lebar serta 25cm tebal masih dapat dilihat batu-batu tersebut telah digunakan sebagai tembok makam. |
![]() |
MUZIUM KOTA TINGGI Muzium Kota Tinggi terletak 5 km dari bandar Kota Tinggi, berdekatan dengan persimpangan Jalan Mawai, Jalan ke Desaru dan Jalan Johor Bahru. Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institut Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini.
Bangunan seluas 6,480 meter persegi mengabdikan rekabentuk tradisional Melayu yang menggabungkan rekaan temporari.
Alamat JKR 1858(P), Jalan Laksamana Kota Tinggi, Johor 81900 Malaysia
Telefon |