MENU

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan segera. Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali yang disediakan dalam bentuk Pelan Susunatur dan disokong dengan spesifikasi Pembangunan Terperinci serta Jadual Tindakan Pembangunan.

TUJUAN PENYEDIAAN RKK SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR

  1. Mengenal pasti potensi yang perlu dieksploitasi dalam membangunkan Sedili ke arah wawasan dan hala tuju pembangunan yang dirancang;
  2. Mengenal pasti isu dan masalah utama bagi merangka strategi-strategi yang bersesuaian untuk mengatasinya; dan
  3. Menyediakan pelan tindakan khas yang mengandungi cadangan-cadangan terperinci dalam mencorak dan memandu pembangunan fizikal serta ekonomi seiring dengan kepadatan sumber.

 

Bil  Pautan
1 Semakan Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili Kota Tinggi
2 Ringkasan Eksekutif RKK Sedili
3 Risalah RKK sedili
4 Borang Maklum balas Draf Rancangan Kawasan Khas Sedili Kota Tinggi