Isnin
Aktiviti plogging dan pembersihan telah dijalankan di Pantai Teluk Mahkota, Tg. Sedili, Kota Tinggi dengan kutipan sampah sebanyak 786 kilogram. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmur, ADUN Sedili, YBhg. Tuan Hj. Khairul Hafiz bin Hj. Mohamad @ Mazlan, Yang Dipertua MDKT, YBhg. Encik Hashim bin Muhamad, Ketua Whip MDKT, wakil-wakil agensi, para pelajar, komuniti setempat dan kakitangan MDKT.
Tampak luaran kawasan tersebut kelihatan bersih, namun masih terdapat sikap tidak bertanggungjawab segelintir orang awam yang membuang sampah di pesisiran pantai seperti plastik, kertas dan kotak minuman. Namun, dengan kerjasama pihak yang terlibat, kawasan tersebut telah dibersihkan dengan tujuan untuk menyedarkan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang awam diseru agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran demi kesejahteraan bersama.
Turut diadakan sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Poster Johor Bersih & Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan “Robotic Challenge”, Pertandingan Video Kreatif Johor Bersih & Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pertandingan Kutipan Sampah Terbanyak serta Sijil Pelantikan Program Johor Bersih Peringkat MDKT Tahun 2026.

