Program Johor Bersih Bersama Ahli Majlis Zon 12 telah diadakan di kawasan Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Komuniti Sinar Cahaya, Taman Guru, Kota Tinggi.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Sheikh Md Fahmi bin Sheikh Kassim Ahli Majlis Zon 12, Puan Rahimah binti Saiein Ahli Majlis Zon 19, Puan Hajah Asiah binti Md Ariff, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Komuniti Sinar Cahaya. Turut hadir adalah Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah Daerah (PTD), SAFWA Global Venture (M) Sdn Bhd, SWM, SWCorp serta komuniti setempat.
Jumlah keseluruhan jemputan dan peserta yang hadir adalah seramai 50 orang. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah aktiviti pemotongan rumput, cantasan pokok, pembersihan kawasan bangunan serta kutipan sampah di sekitar kawasan.
Pelaksanaan program ini telah berjaya meningkatkan tahap kebersihan persekitaran serta mengeratkan kerjasama antara agensi pelaksana dan komuniti setempat sejajar dengan aspirasi Johor Bersih.

