26 APRIL 2025, SABTU | TAYANGAN LAYAR GERGASI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA, JDT (2) VS SRI PAHANG (1)
Suasana gamat dengan sorakan warga Kota Tinggi yang bergema di sekitar Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi yang menyaksikan tayangan layar gergasi Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara JDT menentang Sri Pahang.
En Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha, MDKT dan barisan Ahli Majlis MDKT turut hadir sama bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini.
Terima kasih diucapkan kepada warga Kota Tinggi yang telah hadir memeriahkan suasana dan memberi sokongan padu kepada pasukan JDT! Tahniah JDT yang menjuarai piala Malaysia pada malam ini.


