MENU

Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi 2025

21 Mei 2025, Rabu

Majlis yang bertemakan “Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Peranan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendigitalan di Tempat Kerja ini telah dirasmikan oleh YBhg. En Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha MDKT.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. En Mohd Khazrul Azli bin Mohd Saat, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor (CGSO), YBhg. En Mohammad Fitri bin Mansor, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor dan En Mohd Fuad bin Esa, Pegawai Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor.

Penganjuran program ini menzahirkan komitmen MDKT terhadap pembudayaan amalan KKP di kalangan warga kerja, serta memperkukuh kefahaman mengenai isu-isu semasa dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, taklimat turut disampaikan meliputi topik seperti keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah bermula pada 20 Mei 2025 dan berlangsung sehingga ke hari ini dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat seperti pemeriksaan saringan kesihatan dalam kalangan warga kerja MDKT.

Menariknya, kehadiran anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan demonstrasi menangkap ular telah mencuri tumpuan para hadirin, menambah nilai interaktif dan kesedaran terhadap aspek keselamatan persekitaran kerja.

Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi 2025 Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi 2025