MENU

Warga Kota Tinggi telah membanjiri Dataran Jam, Kota Tinggi bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2023 peringkat daerah Kota Tinggi.

Upacara pembukaan dimulakan dengan Kontinjen Perarakan dan kibaran 66 Bendera Jalur Gemilang diteruskan dengan Perarakan 66 buah konvoi motosikal. Kemudian, para penonton disajikan dengan Tarian Zapin, Joget, Gendang Cina serta Tarian Klasik India.

Turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular seperti Bell Ngasri , Man Raja Lawak, Indah Ruhaila, Tam Spider dan Datin Alyah. Diikuti dengan persembahan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Raja Farhana yang merupakan anak jati Kota Tinggi.

Sambutan Ambang Merdeka ini juga turut dihadiri oleh YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YBhg Puan Hajah Zihan binti Ismail, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, YBhg Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, YDP MDKT, YB Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili, YB Puan Hajah Rashidah binti Ismail, ADUN Pasir Raja, YB Tuan Aznan bin Tamin, ADUN Tg. Surat yang memeriahkan lagi serta menjayakan program ini.