MENU

Selasa, 16 Mei 2023 - Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim turun padang di kawasan Legaran Tanah Putih, Sedili bagi menjayakan pembersihan kawasan tersebut bersama-sama warga kerja MDKT. Aktiviti gotong-royong dan mengecat telah berjaya dijalankan dengan kerjasama warga PDRM, Pejabat Polis Kuala Sedili. Turut hadir sama YB Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Sedili, En Hashim bin Muhammad, Ahli Majlis Zon 18 Sedili dan En Ali Bhattor bin Ahmad Ramlee, Ketua Kampung Sedili, Kota Tinggi.

Jumlah sampah-sarap yang terkumpul bagi program pembersihan hari ini sebanyak 1070 kilogram. Pihak kami mengharapkan kerjasama warga sekitar untuk memelihara kebersihan persekitaran serta mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak melakukan perbuatan vandalisme dan membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.