MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi mengadakan sesi pertemuan dengan pemilik-pemilik kilang di sekitar kawasan industri Jln Johor, Sg. Tiram, Bt. 2 & Lukut yang diadakan pada 5 Mac dan pada 8 Mac 2024 di Bandar Tenggara.

Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan akan tanggungjawab sebenar para pemilik industri serta menekankan kaedah yang tepat dalam pengurusan sisa pepejal bagi setiap pemilik kilang. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En Mohd Sazali Zain, Pegawai Penguatkuasa, Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCORP). Perbincangan dan sesi soal jawab turut diadakan.

Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, YDP MDKT bersama Tuan Haji Nasarudin bin Haji Ahmad, Ketua Whip MDKT dan Ketua-ketua Jabatan MDKT turut berkesempatan melawat beberapa buah kilang di sekitar Kota Tinggi bagi meninjau pengurusan sisa pepejal serta jenis perniagaan yang dijalankan oleh pemilik kilang.