PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
21 APRIL 2025 | ISNIN
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah meneruskan komitmen dalam program Johor Bersih yang diadakan hari ini bertempat di Jalan Remia, Jalan Anggur, Jalan Delima, Jalan Ciku & Tapak Pasar Lambak, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Pelbagai aktiviti pembersihan dan kesedaran telah dilaksanakan bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan sejahtera untuk komuniti setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.


