04 Februari 2024, Ahad- Program ini tertumpu kepada aktiviti plogging di sekitar jalan-jalan utama di sepanjang pentadbiran MDKT.
Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 54 kilogram sampah telah dikutip dan dilupuskan. MDKT berbesar hati menerima bantuan khidmat bakti dari agensi Bank Muamalat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, SAFWA, Tenaga Nasional Berhad dan juga Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ( SWCORP)
Warga Kota Tinggi haruslah saling berkerjasama memastikan keindahan kawasan kita sentiasa bersih. Sikap membuang sampah merata-rata haruslah kita jauhi demi menjamin kesejahteraan kita bersama.