PERTANDINGAN INOVASI MALA 3.0 PIALA YB MENTERI KPKT 2024/2025
25 April 2025 | 8.30 malam | Majlis Bandaraya Johor Bahru
Pertandingan Inovasi Mala 3.0 telah bermula pada tahun 2024 melibatkan 155 PBT- PBT di seluruh Malaysia, 30 PBT telah berjaya ke peringkat akhir dan MDKT melalui Kumpulan Inovasi High City telah berjaya menduduki tempat ke-23 daripada 30 kumpulan inovasi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia dalam Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024/2025. MDKT telah membawa pulang:
1. Geran BP.1 bernilai RM20,000.00
2. Wang tunai RM500.00
3. Piala iringan
4. Sijil Penyertaan
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang merangkap Presiden MALA dan MDKT diwakili oleh Encik Muhamad Norashid bin Amir, Tuan Setiausaha, MDKT dan Encik Shah Jahan bin Muhammad, Pegawai Kesihatan Persekitaran telah menerima penyampaian hadiah tersebut.
Kumpulan High City mempertaruhkan inovasi Rodenzam yang merupakan inisiatif inovatif bagi menangani isu kawalan tikus di kawasan tempat awam. MDKT terus komited dalam memperkasakan inovasi ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.


