Operasi Berkala : Pemeriksaan Lesen Perniagaan Oleh Jabatan Penguatkuasan MDKT Bersama Jabatan Kesihatan & Pelesenan MDKT Di Taman Aman, Kota Tinggi
Tarikh : 10 Februari 2026
Masa : 3.00 petang
Jumlah Anggota : 3 orang Penguatkuasa,
2 orang Bahagian Pelesenan
Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 8 buah premis yang telah diperiksa dan 6 buah premis daripadanya telah dikenakan tindakan penahanan lesen kerana melanggar syarat dan Undang-Undang Kecil MDKT.
Jenis kesalahan :
1) Menyalahgunakan lesen warga tempatan dengan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing/Rohingya ;
2) Pemilik kedai menggunakan tenaga kerja warga asing/Rohingya di dalam menjalankan perniagaan tersebut.
Pemantauan berterusan akan dilaksanakan secara berkala di kawasan pengoperasian Majlis Daerah Kota Tinggi.


