MENU

13 Januari 2024, Sabtu - Misi Gerakan Pasca Banjir hari kedua diteruskan dengan pembersihan sisa-sisa bawaan air banjir di sekitar kawasan Bandar Kota Tinggi. Misi hari ini turut diperluaskan dengan kerja-kerja pembersihan di sekitar Kg. Tembioh, Kg. Kelantan, Kg. Delima, Taman Kota Mas dan Taman Kota Jaya dan SJK(C) PEI HWA. Hari ini Kota Tinggi menerima sukarelawan daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Maghfirah dan Universiti Pendidikan Sultan Iskandar (UPSI).

Diharapkan sedikit sebanyak misi gerakan pasca banjir ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang ketika ini masih lagi membersihkan kediaman masing-masing.

Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga buat kesemua Jabatan dan agensi yang terlibat dalam proses pembersihan pada hari ini. Semoga para sukarelawan sentiasa dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjayakan misi pasca banjir di Kota Tinggi.