MENU

Mesyuarat telah dihadiri oleh penduduk rumah pangsa Blok A, Taman Sri Saujana dan wakil daripada pihak pemaju iaitu Tetuan Glomac Sutera Sdn Bhd.

En Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT telah menyampaikan taklimat ringkas kepada penduduk akan kepentingan pembayaran caj penyenggaraan dan tanggungjawab menjaga kebersihan dan harta bersama yang mana akan memberi impak yang baik kepada penduduk skim strata khususnya sekaligus merasmikan majlis terdebut.

Encik Kamsari bin Kamisan , Pengerusi JMB baharu yang telah dilantik diamanahkan untuk menjalankan pengurusan di rumah pangsa bersama Ahli Jawatankuasa lainnya bagi sesi tahun 2023 - 2025.