MENU

15 Ogos 2025, Jumaat

Sekalung penghargaan, terima kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada YBhg. Encik Muhamad Norashid bin Amir yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha selama 1 tahun 7 bulan 14 hari di MDKT dan akan berpindah sebagai Pengurus Kanan Pengurusan Projek dan Pemegang Taruh di KEJORA.

YBhg. Tuan Haji Khairul Hafiz bin Mohamad@Mazlan, Yang Dipertua MDKT melalui ucapannya telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, integriti, dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh YBhg. Encik Muhamad Norashid bin Amir sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama MDKT selama 1 tahun 7 bulan 14 hari.

“Selamat maju jaya kepada YBhg. Encik Muhamad Norashid bin Amir. Terima kasih atas segala bakti dan kenangan terindah di MDKT yang tidak akan dilupakan.”

Ikhlas Daripada,

Yang Di-Pertua,

Ahli Majlis & Seluruh Warga,

Majlis Daerah Kota Tinggi.

"Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan”

“Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan"

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, JULANGAN BAKTI & SESI “CLOCK OUT” TUAN SETIAUSAHA MAJLIS SANJUNGAN BUDI, JULANGAN BAKTI & SESI “CLOCK OUT” TUAN SETIAUSAHA