MENU

YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor,YB Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan YB Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor telah hadir bagi simbolik penyerahan kunci rumah kepada seramai 15 orang pembeli bagi perumahan Residensi PRIMA Kota Tinggi, Johor. Residensi Kota Tinggi ini terdiri daripada 625 unit rumah teres dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti antaranya surau, dewan serbaguna dan taska bagi kemudahan komuniti setempat.

Turut hadir bersama ialah Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi dan Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi.