MENU

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BANJIR KEPADA PENIAGA BAZAR AIDILFITRI DI KAWASAN MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

27 Mac 2025, Khamis | Sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan Banjir kepada 147 orang peniaga Bazar Aidilfitri yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut baru-baru ini. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Muszaide Bin Makmor, ADUN Sedili, YB Norlizah Binti Noh, ADUN Johor Lama, YBrs En. Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha MDKT, En. Hashim Bin Muhamad, Ketua Whip MDKT, Barisan turut bersama-sama dalam sesi penyerahan bantuan sumbangan RM500.00 kepada para peniaga Bazar Aidilfitri.

Semoga inisiatif yang diilhamkan YAB Menteri Besar Johor ini sedikit sebanyak dapat menampung kos kerugian akibat gelombang kelima bencana banjir baru-baru ini.

Jom ramai-ramai hadir ke Bazar Aidilfitri untuk memberikan tanda sokongan kepada semua peniaga Bazar Aidilfitri dan memeriahkan malam Aidilfitri tahun 2025 di daerah Kota Tinggi.

Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan Banjir Kepada Peniaga Bazar Aidilfitri Di Kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi Majlis Penyerahan Bantuan Sumbangan Banjir Kepada Peniaga Bazar Aidilfitri Di Kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi