MAJLIS PELANCARAN INSENTIF KHEMAH USAHAWAN MIKRO MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2025
Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Tapak Pasar Malam Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Majlis pelancaran penyerahan insentif khemah ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Muszaide Bin Makmor, ADUN Sedili merangkap wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama-sama YB Tuan Hahasrin Bin Hashim, ADUN Panti, YB Cik Norlizah Bt Noh, ADUN Johor Lama, Yang Berusaha, En Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha MDKT, YBhg. Dato’ Seri Dr. Adham Bin Baba, Pengerusi Yayasan Makmur, MDKT serta barisan Ahli-ahli Majlis MDKT.
MDKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi di atas penyerahan insentif khemah ini sekaligus menyokong dan memperkasa usahawan mikro di Negeri Johor khusunya di kawasan Kota Tinggi.
Di bawah kawasan pentadbiran MDKT, sebanyak 258 unit khemah diperuntukkan untuk diserahkan kepada 258 orang penerima yang terdiri daripada usahawan mikro.
Tahniah kepada usahawan mikro yang menerima insentif khemah dari Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). Semoga insentif ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih cemerlang.


