MENU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan sebagaimana arahan Kerajaan Negeri, pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi telah diamanahkan bagi mengambilalih pengurusan Air Terjun Kota Tinggi atau lebih dikenali sebagai 'Kota Tinggi Water Fall' bermula Ahad 3 Mac 2019.

Sehubungan itu pihak MDKT terpaksa melakukan penutupan operasi ‘KT Water Fall’ bagi tempoh sementara untuk menyelesaikan proses penyerahan aset oleh pemilik sebelum ini. Pihak MDKT juga di dalam tindakan untuk melaksanakan penyelenggaraan asas bagi kemudahan pengunjung di kawasan berkenaan.

Operasi ‘KT Water Fall’ ini akan dibuka semula dalam tempoh terdekat setelah perkara-perkara di atas dapat diselesaikan.

Segala kesulitan dan ketidakselesaan pengunjung ke ‘KT Water Fall’ adalah amat dikesali dan pihak pentadbiran sedang berusaha bagi memastikan ‘KT Water Fall’ dapat dibuka seberapa segera yang merupakan pusat rekreasi air keluarga di daerah ini.

Sekian terima kasih.