MENU

SELASA, 16 JULAI 2024 - Majlis Daerah Kota Tinggi telah menerima lawatan Panel Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) di MDKT bagi tujuan penilaian SPB-PBT hari ini.

Panel penilai hari ini diketuai oleh En Chin Khien Leong, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan, selaku Ketua Panel dan lima(5) orang ahli panel yang lain iaitu Pn Nadiayatulaida binti Ahmad Tajudin, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Kerajaan Tempatan, Puan Juliana bunti Abd Rahman, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kerajaan Tempatan, Puan Aida Fathirah binti Mohd Faridz, Penolong Pengarah, Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan, Puan Nur Aimi Aqilah binti Hashim, Penolong Pengarah, Pejabat Projek Zon Tengah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Puan Ong Ei Lin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Penilaian SPB-PBT ini telah diperkenalkan oleh KPKT untuk menilai tahap prestasi PBT dalam menjalankan peranannya bagi penyampaian perkhidmatan.

Antara kriteria yang dinilai adalah Pengurusan, Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan, Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk.

44 45

41 46