MENU

LAWATAN DELEGASI MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM KE MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

Khamis, 29 Mei 2025 | Sekitar lawatan penandaarasan delegasi Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MBBPI) ke Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang telah disambut oleh YBrs. En Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha, MDKT, Ahli-ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MDKT.

Delegasi MBBPI yang diketuai oleh YBhg. En Mohd Zaki Bin Yusoff, Yang Dipertua MBBPI, hadir di MDKT bagi tujuan penandaarasan dan perkongsian amalan terbaik pengurusan sisa pepejal di kawasan MDKT, mekanisme pengurusan kebersihan, strategi pungutan hasil cukai dan kaedah MDKT dalam memacu hasil dari sumber pelancongan.

Melalui lawatan penandaarasan ini, sedikit sebanyak perkongsian pengalaman ini dapat menambah baik serta dapat diadaptasi dengan jayanya oleh kedua-dua belah pihak dalam mengelolakan organisasi masing-masing.

Lawatan Delegasi Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam Ke Majlis Daerah Kota Tinggi Lawatan Delegasi Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam Ke Majlis Daerah Kota Tinggi