LATIHAN KEBAKARAN DAN BANTUAN PERTOLONGAN CEMAS WARGA KERJA MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA TAHUN 2025
Jumaat, 23 Mei 2025
Latihan kebakaran dan bantuan pertolongan cemas telah dijalankan oleh Majlis Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi serta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.
Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja Majlis Daerah Kota Tinggi tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan yang melibatkan kebakaran dan meningkatkan pengetahuan tentang bantuan kecemasan dengan memahami langkah- langkah asas bantuan kecemasan seperti CPR dan rawatan luka.
Latihan tersebut bermula pada pukul 3.00 petang di mana loceng kebakaran telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua warga kerja Majlis Daerah Kota Tinggi untuk keluar daripada bangunan dan berkumpul di kawasan letak kenderaan, Majlis Daerah Kota Tinggi.
Seterusnya, taklimat bantuan kecemasan telah disampaikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Pihak Bomba juga telah memberikan taklimat keselamatan dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.


