Yang Berbahagia Dato Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Johor di Dewan Bandaraya Kuching Utara yang diketuai oleh Tuan Haji Khairul Hafiz bin Mohamad @ Mazlan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi.
Sejurus selesai kunjungan hormat, rombongan kemudian dibawa ke Auditorium DBKU bagi mendengar taklimat beberapa topik yang ingin dipelajari sebagai tanda aras yakni berkenaan pendekatan dan pengalaman DBKU dalam melaksanakan insiatif serta halatuju ke arah mewujudkan Kuching sebagai sebuah bandaraya pintar dan rendah karbon.
Turut hadir, Encik Ramzi Abdillah, Pengarah DBKU, Timbalan- Timbalan Pengarah serta beberapa pegawai kanan DBKU.
Lawatan kerja merupakan platform strategik untuk kedua PBT bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh hubungan dua hala.
Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan demi mempertingkatkan tadbir urus bandar, kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan komuniti setempat.


