MENU

Sempena Kempen Premis Makanan Bersih Tahun 2024 di Gerai Setara anjuran Majlis Daerah Kota Tinggi bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan Pertandingan Melukis Mural di Gerai Setara, Tandas Awam Gerai Setara dan Tandas Awam Terminal Tun Sri Lanang Kota Tinggi bermula 8 Julai 2024 hingga 15 Julai 2024.

Objektif Pertandingan Melukis Mural Adalah :

  • Mencungkil bakat dan kreativiti guru dan pelajar sekolah
  • Mewujudkan street art yang menarik sebagai satu daya tarikan pelancong
  • Menjalinkan kerjasama antara MDKT, Pejabat Pendidikan Kota Tinggi dan sekolah menengah di Daerah Kota Tinggi.
  • Melatih dan membina keyakinan diri guru dan pelajar supaya hasil karya yang dipaparkan menjadi inspirasi
  • Memupuk budaya kebersihan persekitaran, amalan premis makanan bersih dan program kitar semula di kalangan guru, pelajar sekolah dan orang awam dengan hasil karya yang dipaparkan melalui lukisan mural

Sebanyak 6 sekolah di Daerah Kota Tinggi telah menyertai pertandingan melukis mural iaitu:

  • SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR
  • SMK LAKSAMANA
  • SMK BANDAR
  • SM AGAMA (ARAB) KOTA TINGGI
  • SMK SERI AMAN
  • SMK TAMAN KOTA JAYA

Kaedah pemilihan pemenang berdasarkan penilaian penjurian panel 50% dan kaedah undian like di FB MDKT 50%. Sesi penjurian oleh panel telah diadakan pada 15 Julai 2024.

 

49 47

50 51