MENU

15 JUN 2024, SABTU: Program kitar semula barangan terpakai dan minyak masak terpakai, anjuran bersama Majlis Daerah Kota Tinggi dan Kementerian Perumahan Kerajaaan Tempatan, KPKT, telah berlangsung di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini telah disambut baik oleh para peniaga di Gerai Setara yang mana masing-masing telah pun mengumpulkan minyak masak terpakai untuk tujuan kitar semula. Syabas juga diucapkan kepada warga Kota Tinggi yang turut menghantar pelbagai jenis barangan terpakai dalam usaha merejuvenasikan Kota Tinggi.