Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah menganjurkan acara Colour Splash Fun Run di Astaka Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi.
Program telah dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat iaitu YBhg. Tuan Hj. Khairul Hafiz bin Hj. Mohamad @ Mazlan, Yang Dipertua, MDKT, YBhg. Puan Hajah Nurul Aishah binti Mohamadon, Setiausaha MDKT, YBhg. En Hashim bin Muhamad, Ketua Whip MDKT dan barisan Ahli-ahli Majlis MDKT.
YBhg. Tuan Hj. Khairul Hafiz bin Hj. Mohamad @ Mazlan, Yang Dipertua, MDKT telah merasmikan program MDKT Splash Colour Fun Run telah
dan melepaskan peserta larian yang melibatkan seramai 1200 orang peserta pada kali ini.
Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan petugas yang terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba Kota Tinggi, rakan-rakan strategik yang telah menjayakan program ini. Kerjasama dan komitmen serta penglibatan semua amatlah dihargai.


