BENGKEL PENYEDIAAN DRAF AWAL LAPORAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR KOTA TINGGI 2035 (SIRI 1)
20-21 Mac 2025 | Tanjong Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dengan kerjasama Unit Satelit Bandar Pintar, Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Draf Awal Laporan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kota Tinggi 2035 (Siri 1) bertempat di Bilik Mesyuarat Albatross, Tanjong Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang.
Sesi dua hari ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Akmal bin Mohamad Toha, Ketua Unit OSC MDKT dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan MDKT serta pasukan teknikal dari PPZS.
Bengkel ini bertujuan untuk:
Merangka dan menyelaras kandungan awal laporan PTBP
Memuktamadkan format dan data agar memenuhi kriteria Smart City Early Adopter
Menyediakan dokumen yang bersedia untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar MDKT
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Gs. Fitri binti Abdul Rahman, Peneraju Unit Satelit Bandar Pintar PPZS, yang juga mengetuai perbincangan teknikal dan strategi pelaksanaan PTBP Kota Tinggi.
Komitmen tinggi dan kerjasama erat semua pihak menjadi pemangkin penting ke arah merealisasikan visi Kota Tinggi sebagai Bandar Pintar menjelang 2035.


