MENU

  PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN BAGI MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

  1. Bagi pembaharuan lesen perniagaan dan iklan, pelesenan perlu memastikan premis perniagaan mereka tiada tunggakan cukai harta. Semakan tunggakan boleh dibuat melalui laman sesawang PBTPay dan JohorPay, kemudian bil cukai harta semasa atau semakan oleh petugas kaunter setempat.
  2. Selaras dengan pelaksanaan tempoh sah lesen perniagaan dan iklan secara ‘date to date basis’, pelaksanaan pembaharuan lesen untuk tahun 2025, boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh lesen tahunan tanpa dikenakan sebarang penalti kelewatan pembaharuan lesen melalui Kaunter Jabatan kesihatan & PelesenaN dan Kaunter Cawangan Bandar Tenggara (Selasa dan Khamis : 9.00 pagi hingga 1 petang).
  3. Penalti kelewatan pembaharuan lesen dikenakan ke atas pemilik lesen secara kumulatif setiap bulan sekiranya pembaharuan dibuat selepas tamat tempoh sah lesen perniagaan dengan kebenaran lanjutan tempoh pembaharuan lesen adalah hanya selama dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh sah lesen. Kadar penalti dikenakan sebanyak 10% dari kadar di lesen perniagaan bagi setiap bulan kelewatan pembaharuan. Penalti dikenakan setiap bulan bagi tempoh lanjutan pembaharuan lesen seterusnya tanpa sebarang pertimbangan rayuan pengurangan atau pengecualian dari  dikenakan penalti.
  4. Setiap bayaran lesen yang telah dijelaskan kepada pihak Majlis tidak boleh dituntut semula sebagaimana peruntukan dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MDKT) 2017 sedia ada dalam UUK.
  5. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemilik lesen gagal menjelaskan pembaharuan lesen bagi tahun 2024 mengikut tempoh ditetapkan, merujuk kepasa Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustruan (MDKT) 2017.
  6. Penjaga hendaklah menggunakan alternatif bekas terbiodegradasi dan tidak menggunakan polisteruna dalam peroses pembungkusan makanan serta pemberian penyedut minuman (straw) plastik hanya berdasarkan permintaan pelanggan. Digalakkan untuk tidak menawarkan penggunaan plastik sekali guna dalam urusan penjualan. Adalah menjadi satu kesalahan kerana melanggar syarat lesen dan boleh dikenakan tindakan dibawah UUK13(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKT) 2017.

 

PERMOHONAN LESEN BERISKO

CARTA ALIR PERMOHONAN LESEN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (LESEN BERISIKO)

CARTA ALIR LESEN BERISIKO

B

PDF icon CARTA ALIR LESEN BERISIKO

 

SENARAI JENIS LESEN PERNIAGAAN BERISIKO MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

PDF icon SENARAI JENIS LESEN PERNIAGAAN BERISIKO

 

PERMOHONAN LESEN TIDAK BERISIKO 

CARTA ALIR PERMOHONAN LESEN TIDAK BERISIKO MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

LESEN TIDAK BERISIKO

LESEN TIDAK BERISIKO 1

PDF icon CARTA ALIR LESEN TIDAK BERISIKO

 

SENARAI JENIS LESEN PERNIAGAAN TIDAK BERISIKO MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

PDF icon SENARAI LESEN TIDAK BERISIKO

 

PERATURAN / UNDANG-UNDANG KECIL YANG DIGUNAPAKAI

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
2. Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKT) 1981
3. Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDKT) Kerajaan Tempatan 1987
4. Undang-undang Mencegah Kekotoran (MDKT) 1981
5. Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKT) 1985
6. Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKT) 1987
7. Undang-undang Kecil Iklan (MDKT) 1981
8. Undang-undang Kecil Kedai Gunting dan Pendandan Rambut (MDKT) 1987

 

JABATAN-JABATAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT DALAM PROSES KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN

BIL
JABATAN-JABATAN
JENIS LESEN
1 PEJABAT DAERAH KOTA TINGGI Lesen-lesen yang melibatkan lesen hiburan/keselamatan (karaoke/billiard)
2 PEJABAT TANAH DAERAH KOTA TINGGI Lesen-lesen yang melibatkan lot tanah
3 JABATAN BOMBA & PENYELAMAT Semua jenis lesen yang melibatkan bangunan kecuali lesen penjaja
4 JABATAN KESIHATAN Lesen-lesen yang melibatkan Kesihatan (kedai makan / kedai ubat)
5 JABATAN ALAM SEKITAR Lesen-lesen yang melibatkan alam sekitar (kilang/industri)
6 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Lesen-lesen yang melibatkan kanak-kanak (Tadika/Taska)
7 JABATAN KESELAMATAN PEKERJA Lesen-lesen yang melibatkan tenaga buruh/jentera/mesin (kilang/industri)
8 JABATAN PELAJARAN Lesen-lesen yang melibatkan pelajaran (Sekolah persendirian/pusat Tusyen)
9 PEJABAT POLIS DAERAH KT Lesen-lesen yang melibatkan lesen keselamatan/Barang terpakai (karaoke/kedai alatganti & kenderaan terpakai)
10 JABATAN PERANCANG BANDAR MDKT Lesen-lesen yang melibatkan ubahsuai bangunan

 

Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada

 

JABATAN KESIHATAN DAN PELESENAN
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG,
81900 KOTA TINGGI
JOHOR
07-8831004
www.mdkt.gov.my