MENU

Hari Landskap Johor 2016 telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohamed Khaled BIn Nordin, Menteri Besar Johor pada Sabtu, 5 November 2016. Majlis juga turut dihadiri oleh YB Dato Haji Abd Latif Bin Haji Bandi, Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Majlis telah dimulakan dengan perlepasan rasmi bagi peserta pertandingan memancing, majlis perasmian utama, penyampaian hadiah kepada pemenang landskap mengikut kategori, lawatan ke tapak laman PBT serta jamuan makan.

Juara

MDKT juga telah menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan Laman PBT sempena Hari Landskap Johor 2016. Tahniah dan semoga kecemerlangan terus dipertingkan untuk masa akan datang.