Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sedang giat menjalankan pemeriksaan premis makanan, pengredan premis makanan serta edaran Notis Pemberitahuan Pembaharuan Lesen Perniagaan bagi Tahun 2025–2026.
Semua peniaga premis makanan adalah diarahkan supaya memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
1. Semua premis makanan Dan pengendali makanan wajib:
- Mempunyai suntikan tifoid (typhoid) yang masih sah; dan
- Mengikuti serta memiliki Sijil Kursus Pengendali Makanan.
- Semua premis makanan diwajibkan memasang perangkap minyak (grease trap) bagi memastikan sistem saliran longkang sentiasa bersih.
Sebarang kegagalan atau ketidakpatuhan terhadap perkara-perkara di atas akan menyebabkan tindakan penguatkuasaan serta-merta diambil di bawah:
• Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kota Tinggi) 2017; dan
• Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Daerah Kota Tinggi) 2012.
• Semua peniaga di bawah pentadbiran MDKT hendaklah memperbaharui Lesen Perniagaan Tahun 2025 selewat-lewatnya pada 30 Disember 2025.
• Pembaharuan Lesen Perniagaan Tahun 2026 boleh dibuat mulai November 2025 hingga 30 Disember 2025.
• Kelewatan atau kegagalan memperbaharui lesen perniagaan akan dikenakan kompaun dan tindakan perundangan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kota Tinggi) 2017.
Kerjasama dan pematuhan semua peniaga adalah penting bagi memastikan kebersihan, keselamatan makanan serta kepatuhan kepada undang-undang Majlis Daerah Kota Tinggi.

