Khamis | Holiday Villa Johor Bahru
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) pada malam ini telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang dan 4 Bintang bagi projek Inovasi Smart Verify Plan dan projek Agen AI semakan proses dokumen permit kerja binaan kecil, meraih tempat dengan membawa pulang hadiah masing-masing sebanyak RM5000.00 dan RM3000.00 dengan jumlah keseluruhan yang dibawa pulang bernilai RM8000.00.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Onn bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia & Sukarelawan).
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan MDKT yang telah menyertai Pertandingan Inovasi AI Sektor Awam Negeri Johor 2025 iaitu Tuan Haji Mohamad Akmal bin Mohamad Toha, En Hairulhazizi Bin Haron, Puan Nor Azizah Binti Mohamed, En Mohamad Haziq Bin Sa’adon dan En Mohamad Hadi Ruzaini Bin Mamat di atas komitmen, kerjasama dan idea yang diberikan untuk meraih kejayaan yang membanggakan ini.
Inovasi ini mencerminkan komitmen MDKT dalam memperkukuhkan transformasi digital, merealisasikan aspirasi Bandar Pintar, serta mendukung visi Kota Tinggi ke arah Bandar Pintar menjelang 2030.

