Satu latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Pelesenan, MDKT dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi.
Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja di bangunan tersebut tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan yang melibatkan kebakaran.
Latihan tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi di mana loceng kebakaran telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua kakitangan dan seterusnya berkumpul di tempat berhimpun di Padang Kerajaan, MDKT.
Selain itu, pihak bomba juga telah memberikan taklimat keselamatan dan demonstrasi penggunaan hos dan alat pemadam api. Selesai latihan pengungsian bangunan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tunggi telah membuat pasca nilai bersama urusetia unit kecemasan kebakaran dan pengungsian bangunan Majlis Daerah Kota Tinggi.