Kota Tinggi, 09 Januari 2024: Lawatan Kerja YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah ke Daerah Kota Tinggi yang dilanda musibah banjir.
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri disambut oleh YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, ADUN-ADUN kawasan, pemimpin masyarakat dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Turut bersama adalah Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi bagi mengiringi YAB TPM dan rombongan menuju ke Sg. Bang terlebih dahulu bagi melihat situasi terkini paras air di Bandar Kota Tinggi dan seterusnya ke PPS Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya bagi meninjau keadaan semasa mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi.
Pihak MDKT dan seluruh warga Kota Tinggi mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB TPM serta rombongan atas lawatan rasmi ke Daerah Kota Tinggi. Semoga kunjungan kali ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat kepada semua petugas yang bertungkus lumus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada mangsa-mangsa banjir.