Yang Berbahagia, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, MDKT bersama-sama Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha MDKT dan Ketua-ketua Jabatan MDKT menjalankan pemantauan di beberapa kawasan iaitu Taman Tasek Bandar Kota Tinggi, Jeti Pangkalan Kota, Kg. Makam, Jambatan Kg. Makam, Jeti Laman Tun Sri Lanang dan terus menuju ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pasak Indah.
Lawatan diteruskan untuk meninjau paras air di beberapa kawasan “hotspot” banjir juga melihat keadaan semasa mangsa banjir dan memastikan segala kelengkapan dan kebajikan mangsa banjir mencukupi.