KOTA TINGGI, 11 Januari 2024 - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah melawat PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Dewan Kota Kechil. YB Menteri juga berkesempatan menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas akan bencana banjir ini. YB Menteri turut mendengar taklimat operasi yang disampaikan oleh YDH Superintendan Hussin Zamora, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berkenaan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kota Tinggi dalam menyelaras penugasan bantuan di kawasan-kawasan awam di daerah Kota Tinggi sepanjang bencana banjir melanda.
Turut hadir bersama-sama Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Dato' Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen, Zamri bin Misman, Ybhg. Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, ADUN kawasan, pemimpin masyarakat dan Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan dan Negeri.