Kota Tinggi, 12 Januari 2024: Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi diteruskan pada sebelah petang. Begitulah yang dapat digambarkan betapa semangatnya sukarelawan untuk membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk serta mengutip sampah - sarap pukal di sekitar Bandar Kota Tinggi, Taman Kemang, Kg. Kelantan, Taman Hidayat, Laman Tun Sri Lanang dan Taman Kota Mas. Program pembersihan pasca banjir ini turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang terjejas. Misi Gerakan Pasca Banjir ini berlanjutan sehingga 16 Januari 2024, Selasa. Mesyuarat “post-mortem” telah diadakan bersama YB Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, sukan & sukarelawan) serta wakil-wakil bagi tiap Jabatan atau Agensi setelah selesai pembersihan dijalankan.
Semoga sukarelawan daripada pelbagai agensi ini sentiasa bersemangat waja dan terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan misi ini bagi membantu masyarakat di Daerah Kota Tinggi yang telah terjejas akibat bencana banjir.