13 Januari 2024, Sabtu - Misi Gerakan Pasca Banjir hari kedua telah diteruskan pada sebelah petang. Kali ini para sukarelawan telah membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk Kota Tinggi yang memerlukan bantuan. Para sukarelawan bertungkus-lumus membersihkan lumpur-lumpur bawaan air banjir. Tidak hanya itu pembersihan di kawasan Bandar Kota Tinggi masih giat dijalankan oleh pasukan SWM Kota Tinggi.
Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga buat kesemua Jabatan dan agensi yang terlibat dalam proses pembersihan pada hari ini. Semoga para sukarelawan sentiasa dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjayakan misi pasca banjir di Kota Tinggi.