Kota Tinggi, 14 Januari 2024, Ahad:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah yang dapat digambarkan betapa semangatnya sukarelawan untuk membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk serta mengutip sampah - sarap pukal di sekitar kawasan kediaman yang terjejas bencana banjir di Kota Tinggi.
Misi Gerakan Pasca Banjir pada hari ketiga ini telah menerima pertambahan bantuan daripada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Majlis Daerah Tangkak (MDT), Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), GIATMARA, PEMUDA juga para pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Ucapan dan motivasi telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, belia dan sukarelawan). Seterusnya taklimat pecahan kawasan pembersihan telah disampaikan oleh En Shah Jahan bin Muhammad, Ketua Jabatan Kesihatan & Pelesenan, MDKT.
Semoga sukarelawan daripada pelbagai agensi ini sentiasa bersemangat waja dan terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan misi ini bagi membantu masyarakat di Daerah Kota Tinggi yang telah terjejas akibat bencana banjir.