MENU

Kota Tinggi, 14 Januari 2024, Ahad: Misi Gerakan Pasca Banjir pada hari ketiga ini bersambung pada sebelah petang. Pembersihan masih giat diteruskan oleh pelbagai agensi sehati sejiwa dalam memastikan Daerah Kota Tinggi ini bersih dan ceria kembali. Benar, sukarelawan ini tidaklah kesemuanya dari Kota Tinggi, tetapi mereka sanggup bersusah-payah membantu tanpa ganjaran. Tidak dilupakan para petugas Southern Volunteers MDKT yang tidak pernah mengeluh memberikan khidmat bakti kepada warga Kota Tinggi sejak bermulanya bencana banjir sehingga ke hari ini.

Semoga sukarelawan yang hadir pada hari ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dalam melaksanakan Gerakan Pasca Banjir ini untuk kelestarian Bandar Kota Tinggi.