Kota Tinggi, 15 Januari 2024, Isnin: Misi Gerakan Pasca Banjir pada hari keempat ini masih giat diteruskan oleh pelbagai agensi bersepakat menjalankan kerja-kerja pembersihan. Fokus hari ini pembersihan di Tasik Sri Saujana oleh pasukan SVMDT, UUM dan APM selain kerja-kerja pembersihan di kawasan Taman Tasek Bandar oleh pasukan SVMDSR dan SV KOTA TINGGI.
Bagi pembersihan di kawasan kediaman telah dijalankan oleh pasukan SVMBIP, SVMBPG,SVMDYP,ATM dan SAFWA yang berfokus pada kawasan Kg.Kelantan. MPKu dan MPM menjalankan kerja-kerja kutipan sampah bawaan air banjir dan bantuan cucian rumah-rumah milik mangsa banjir sekitar Taman Kota Mas manakala bagi Taman Kota Jaya dan Taman Kemang telah diatur gerak langkah pasca pembersihan oleh SVMBJB, SVMPPN, SVMPP, SVMDKT dan KEJORA.
Kawasan Pusat Bandar Kota Tinggi, Taman Mawai Jaya dan Taman Desa Riang telah ditugaskan kepada pasukan SWM secara menyeluruh.
Semoga sukarelawan yang hadir pada hari ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dalam melaksanakan Gerakan Pasca Banjir ini untuk kelestarian Bandar Kota Tinggi.