16 Januari 2024, Selasa: Majlis Penutupan Dan Penghargaan Bagi Petugas Dan Sukarelawan Misi Gerakan Pasca Banjir Daerah Kota Tinggi Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi yang disempurnakan oleh Yang Berhormat,
Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Turut hadir bersama ialah Yang Berhormat, Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Yang Berbahagia, Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj Mohd. Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Yang Berbahagia, En Muhammad, Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi dan Yang Berusaha Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Direkodkan seramai 3,006 orang sukarelawan Southern Volunteers telah membantu misi pasca banjir di Daerah Kota Tinggi bermula 12 Januari yang lalu sehingga ke hari ini. Sepanjang 5 hari misi ini berlangsung, sebanyak 300 tan sampah telah dipungut membabitkan 3,877 lokasi pembersihan melibatkan 1961 buah rumah meliputi kawasan Taman Kota Jaya, Taman Kemang, Taman Kuso, Taman Aman, Taman Kota Mas, Kg. Kelantan dan Kg.Tembioh. Sebanyak 1886 buah kedai, 7 buah masjid, 7 buah tadika, 4 buah sekolah, 5 buah balai raya, 1 buah madrasah, 2 buah pejabat, 2 buah PPS dan 2 buah medan selera.
Setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih diucapkan kepada 3006 orang sukarelawan yang telah banyak berkhidmat dan mencurahkan bakti dalam Misi Gerakan Pasca Banjir Tahun 2024.