MENU

28 Januari 2024, Ahad : Program Johor Bersih Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi telah diadakan bertempat di Taman Tasek Sri Saujana, Kota Tinggi. Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan meriah daripda penduduk setempat dan juga kehadiran daripada pelbagai agensi, Jabatan Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri.

Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT, Tuan Haji Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YB Puan Rashidah binti Ismail, ADUN Pasir Raja, YBhg. Tuan Haji Nasarudin bin Haji Ahmad, Ketua Whip, MDKT dan Puan Faridah binti Husin, Ahli Majlis Zon 2, MDKT.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti senamrobik, balingan mudball ke dalam tasik yang turut disertai oleh YB EXCO bersama tetamu kehormat lainnya. Turut berlangsung pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan masakan makanan sihat, pertandingan jentik-jentik dan pertandingan kutipan sampah terbanyak.

Program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bersama komuniti setempat bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara agensi, jabatan dan komuniti setempat.