MENU

16 APRIL 2024, SELASA | Dewan Mesyuarat Aras 1, Majlis Daerah Kota Tinggi

Seramai 24 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MDKT bagi sesi 1 April 2024 hingga 31 Disember 2025 yang telah diadakan hari ini. Lafaz Akuan Penerimaan Jawatan serta Sumpah Menyimpan Rahsia dan Ikrar Menentang Rasuah telah dipimpin oleh En Hashim bin Muhammad dan barisan Ahli Majlis serta disaksikan oleh Yang Berbahagia, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MDKT.