MENU

01 JUN 2024, SABTU | Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Karnival Badang Kota Tinggi yang telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Warisan Seri Negara, bertempat di Dataran Tun Sri Lanang, Kota Tinggi. Karnival ini telah berlangsung pada 24 Mei - 2 Jun 2024 dengan dihiasi pelbagai aktiviti yang menarik untuk masyarakat setempat khususnya. Antaranya pertandingan gasing, pertandingan keris cantik, pertandingan nyanyian irama Malaysia, persembahan kebudayaan dan banyak lagi. Diharapkan dengan karnival seperti ini mampu memberikan suntikan semangat kepada warga Kota Tinggi untuk mengenali warisan serta nilai-nilai kebudayaan.