Selasa, 27 Februari 2024 : Satu kunjungan hormat yang diketuai oleh Encik Mohammad Nazrul Bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bersama Encik Muhamad Norashid Bin Amir, Setiausaha MDKT, Tuan Haji Nasaruddin Bin Haji Ahmad, Ketua WHIP MDKT Dan Ketua-Ketua Jabatan MDKT ke Pejabat Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kunjungan ini disambut oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersama Profesor Dr. Zulkifilie Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor UTeM (Akademik Dan Antarabangsa) bersama pegawai-pegawai UTeM.
Kunjungan ini bertujuan untuk menyerahkan surat balas dari MDKT kepada pihak UTeM berkenaan Nota Hasrat pihak UTeM bagi cadangan pembangunan kampus cawangan di Kota Tinggi. Selain itu, kunjungan ini diteruskan dengan sesi perbincangan hala tuju ke atas cadangan pembangunan ini diantara pihak MDKT dan pihak UTeM.