MENU

09 Mac 2024, Sabtu | Lensa sekitar Program “Car Free Zone” Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi bertempat di Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi. Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua, MDKT. Turut hadir bersama-sama memeriahkan lagi program Car Free Zone ini ialah Encik Muhamad Norashid bin Amir, Setiausaha MDKT, Tuan Haji Nasaruddin bin Haji Ahmad, Ketua Whip MDKT, barisan Ahli Majlis, MDKT serta kehadiran agensi-agensi lain juga masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya senamrobik, pelancaran tong sampah infografik, balingan “mudball” ke dalam Sg. johor. Turut diadakan aktiviti YDP “WALK” di sekitar Jalan Niaga, sambil menjalankan kutipan sampah atau disebut sebagai “plogging”. Dalam masa yang sama, Tuan YDP berkesempatan beramah mesra dengan pemilik premis perniagaan di sekitar Jalan Niaga dan turut menyerahkan sijil penggredan tahap kebersihan premis.